- See more at: http://blogtimenow.com/blogging/automatically-redirect-blogger-blog-another-blog-website/#sthash.ue5WsAez.dpuf Homestay Kuala Terengganu: September 2013

Rumah Tumpangan Kuala Terengganu

Rumah tumpangan RM250 semalaman, berdekatan dengan bandar Kuala Terengganu.
Rumah tumpangan bajet Jalan Kamaruddin Kuala Terengganu

D'doa maju menawarkan perkhidmatan homestay disekitar Bandar Kuala Terengganu 
Info :-
- 6 bilik tidur
- 6 bilik air
- di lengkapi sofa, Tv, Katil, astro, dapur, kelengkapan memasak, mesin basuh, peti ais, iron dan lain-lain lagi
- Ruang tamu dan master room ada aircond

Berdekatan dengan :-
- 1 KM dengan Pantai batu buruk
- 2 KM dengan Pusat Bandar (pasar kedai payang, taman shah bandar, mydin mall, pulau warisan, Chinatown dan sebagainya)
- 3 KM dengan Taman Tamadun Islam, muzium negeri, perkampungan keropok losong


Laman Hadapan Rumah









jika berminat hubungi  012 928 6146  atau  013 930 4242 ( cikgu azlan) boleh whatsap/ SMS/ Telefon

contact details


cikgu azlan : 012 928 6146 / 013 930 4242
boleh whatsap/SMS/Call untuk sebarang pertanyaan ataupun mahu menempah secara manual

ada email, tapi tidak selalu update 
ddoamaju@gmail.com

11 Tempat menarik yang wajib anda singgah di Kuala Terengganu


1) Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu


kat Pantai Batu Burok ni memang meriah.. macam² aktiviti boleh buat - naik kuda, main layang², main ATV, ada playground, gerai² jual air, kepok lekor, etc. sangat meriah!


2) Taman Monumen, Taman Tamadun Islam
 

Salah satu tempat yang wajib singgah klu pegi KT. Taman Monumen ni terletak di Pulau Wan Man dan mengandungi replika-replika senibina Islam di seluruh dunia. untuk details nanti aku buat entry lain yer...


salah satu monumen kat sini - The Dome of Rock
(Kubah As-Sakhrah, Baitul Muqqaddis, Palestin)


3) Taman Tamadun Islam River Cruise
.
selain Taman Monumen, kat Taman Tamadun Islam ni jugak ada river cruise. perjalanan naik cruise mengelilingi Pulau Duyong amik masa lebih kurang 45 minit. oh, kat sini jugak terletaknya Masjid Kristal yang cantik tu..

4) Keropok Lekor Bukit Tok Beng (BTB)

ni ler kedai kepok lekor yang femes tuh. kepok paling sedap kat ganu katanya... kedai ni terletak di Kg. Bukit Tok Beng yer.


terbukti memang sedap.


5) Pasar Payang Kuala Terengganu

yang kaki soping mesti suke datang tempat ni .


telur penyu

6) Pantai Teluk Ketapang

Berhampiran dengan Lapangan Terbang Kuala Terengganu

7) Ikan Celup Tepung ICT, Pantai Teluk Ketapang

dah alang² sampai Pantai Teluk Ketapang, jom pekena ikan celup tepung yang femes emes tuh...


ada ikan, ketam, udang, sotong, cendawan.. mabelesss...


8) Air Buah Gelas Besar Terengganu

kedai ni terletak di Seberang Takir.
.
.
gelas die memang besar gabak hokey. aku share air ngan mak. itu pun jenuh nak abiskan. gelas besar ni harga RM3.50 sajok. murah giless... dah la sedap.pekat.pior punya.


9) I-City Pulau Warisan

kat Ganu pon ada I-city hokey. tapi takde la semeriah kat Shah Alam tu.. boleh la nak lepak memalam amik angin laut.


10) Masjid Tengku Tengah Zaharah (Masjid Terapung)

singgah sini untuk solat isyak.


11) Selly Seafood Kuala Ibai

aku rasa tempat makan ni agak femes kat sini.. orang yang datang makan omakkaii.. ramai giless...

sos ikan bakar die style sekinchan skit... tak guna air asam tuh...


Copy Paste : http://alwzbemybaby.blogspot.com/2013/06/11-tempat-menarik-di-kuala-terengganu_6.html

5 Tempat menarik di Terengganu

1. Pasar Besar Kedai Payang
source

Orang kata, kalu maghri Ganu wajib singgoh Pasor Payang(datang Terengganu kena singgah di Pasar Payang). Saya yakin orang perempuan mesti suka dengan tempat ni sebab boleh shopping! Semua ada di sini, dari makanan basah, makanan kering, makanan tradisional, baju, kain batik, sutera dan songket, dan alat-alat tembagapun ada di jual di sini. 

Setiap barang keperluan dijual mengikut tempat tertentu. Contohnya, pasar basah - menjual ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran, pasar kering - menjual buah-buahan, kuih muih dan barangan makanan tempatan seperti keropok keping. Manakala di tingkat atas adalah bahagian menjual pakaian, kain sutera, songket dan batik. Di tengah-tengah tingkat 2 terdapat food court yang menjual pelbagai makanan panas dan lauk pauk Terengganu. Tak lupa pada penggemar barang emas, boleh pilih kedai mana yang berkenan di hati. Emas Terengganu antara emas yang terbaik tau.

Tips : kalau membeli kena pandai tawar menawar tau. Kalau boleh bargain hingga separuh daripada harga yang diletakkan. Kalau tak dapat barulah up sikit harga, ikut harga yang bersesuaian.


2. Taman Tamadun Islam, TTI
source
Terletak di Pulau Wan Man, ia merupakan taman teman bercirikan islam pertama di dunia dari segi reka bentuk dan kebudayaan. 

Terdapat lebih kurang 21 buah monumen dibina dengan saiz 1:8 daripada saiz asal. Antara monumen yang dibina ialah Masjid Xian, China, Taj Mahal, India, Masjidil Haram, Makkah dan banyak lagi.

Bayaran masuk :

RM10.00 - dewasa
RM5.00 - kanak-kanal
RM5.00 - warga emas (60 tahun ke atas)


Lain-lain kemudahan :

Sewa basikal - RM3.00
Sewa trem - RM3.00
Sewa buggy - RM35.00 - 40.00 (mengikut saiz)
Cafe dan tandas awam

3. Chinatown, Kuala Terengganu
source
Lokasinya bersebelahan saja dengan Pasar Kedai Payang. Dulu, ia merupakan tempat tinggal masyarakat Cina yang datang dari tanah besar Cina sekitar abad ke-19. Sehingga kini, rumah-rumah sekitar ini masih dihuni.

Jika ke Terengganu jangan lupa untuk singgah ke sini. Berjalan kaki samada dari Pasar Payang atau Hotel Sri Malaysia adalah cara terbaik untuk melihat sekitar kawasan ini dengan lebih dekat. 

Rasanya sebelum ini, sekitar Kampung Cina ini biasa-biasa saja. Tapi atas inisiatif kerajaan yang ingin mengekalkan keaslian tempat ini, saya dapat lihat banyak perubahan di sini. Contohnya, beberapa lorong di sekitar kawasan diubahsuai untuk menarik pelancong ke sini. Antara lorong-lorong yang dibina ialah Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, Lorong Kenangan dan banyak lagi. 

Kalau datang waktu malam, boleh layan 'pokok-pokok api' (macam kat ICT) di tepi benteng mengadap ke muara Sungai Terengganu. Memang seronok!






4. Santuari Penyu Rantau Abang
source
Jika mahu ke Kuala Terengganu melalui 'jalan pantai' : Kemaman-Dungun-Marang-Kuala Terengganu, kita mesti akan melalui Rantau Abang. Jarak perjalanan lebih kurang 65km dari bandar Kuala Terengganu. 

Pusat santuari merupakan salah satu pusat informasi maklumat tentang hidupan laut umumnya dan tentang penyu khasnya. Selain daripada maklumat, kita boleh melihat penyu-penyu yang dipelihara di dalam tangki khas untuk penyelidikan dan tatapan umum. Tak silap saya, kalau bernasib baik bolehlah lepaskan anak-anak penyu yang baru menetas ke pantai. 

Kalau mahukan lebih informasi, terdapat satu lagi pusat informasi iaitu Pusat Penyu dan Ekosistem Marin (TUMEC) yang terletak hanya di seberang jalan saja dari santuari penyu. Ada muzium kat situ. Siap ada replika rangka ikan paus di luar muzium.

Saya pernah berada di sini selama 3 bulan. Praktikal. Walaupun kajian yang saya buat masa tu tak berkaitan dengan penyu, (saya kaji gastropod), tapi dapat jugak pengalaman 'menunggu penyu bertelur' di pantai Ma' Daerah, Kerteh, melepaskan anak-anak penyu yang cute ke pantai dan paling menarik berpeluang ke Pulau Mat Kepit (terletak berhampiran Pulau Redang) di mana pulau itu merupakan salah satu pulau yang diwartakan kerajaan Terengganu sebagai pulau penyu mendarat. Bukan senang nak dapat pengalaman sebegitu kan?

Jadi kalau ke Terengganu jangan lepaskan peluang untuk singgah di sini. Sekarang nak tengok penyu bertelur secara livememang tak dapatlah sebab % penyu yang naik untuk bertelur di perairan Terengganu semakin hari semakin menurun. Oleh itu, dengan adanya Santuari Penyu ini sedikit sebanyak memberi kita pendedahan tentang hidupan laut yang hampir pupus ini.


5. Tasik Kenyir
Terletak di Hulu Terengganu iaitu di hulu Sungai Kenyir, Tasik Kenyir merupakan tasik terbesar buatan manusia di Asia Tenggara. Tujuan utama pembinaan tasik yang siap dibina pada tahun 1988 ialah untuk menjana kuasa elektrik.

Di antara tempat-tempat yang menarik di Tasik Kenyir ialah :
  • Air terjun, jeram dan sungai ( Air terjun Lasir, Air terjun Saok) 
  • Gua (gua Bewah dan guan Taat)
  • Taman Herba - 
  • Sungai Gawi Kenyir - tempat penternakan ikan air tawar seperti baung dan patin. 
  • Tapak perkhemahan dan jungle tracking
  • Syurga bagi kaki pancing
  • Menyediakan kemudahan untuk aktiviti sukan air - kenu, kayak, bersampan, berakit etc.
  • Pintu masuk ke Taman Negara
Kalau berminat boleh datang ke sini. Chalet, kemudahan bot disediakan di pengkalan Sungai Gawi. Dan bagi penjawat awam, kemudahan rumah peranginan persekutuan Tasik Kenyir juga disediakan.

Copy Paste : http://penceritamaya.blogspot.com/2013/01/antara-5-tempat-menarik-di-terengganu.html

D'doa maju Homestay

D'doa maju menawarkan perkhidmatan homestay disekitar Bandar Kuala Terengganu 
Info :-
- 6 bilik tidur
- 6 bilik air
- di lengkapi sofa, Tv, Katil, astro, dapur, kelengkapan memasak, mesin basuh, peti ais, iron dan lain-lain lagi
- Ruang tamu dan master room ada aircond

Berdekatan dengan :-
- 1 KM dengan Pantai batu buruk
- 2 KM dengan Pusat Bandar (pasar kedai payang, taman shah bandar, mydin mall, pulau warisan, Chinatown dan sebagainya)
- 3 KM dengan Taman Tamadun Islam, muzium negeri, perkampungan keropok losong


Laman Hadapan Rumah










ika berminat hubungi  012 928 6146  atau  013 930 4242 ( cikgu azlan)
boleh whatsap/ SMS/ Telefon